Sejarah Penubuhan

Kolej Komuniti Cawangan Tanjung Piai telah ditubuhkan pada Januari 2008 di bawah Rancangan Malaysia Ke-9. Penubuhan ini selaras dengan misi Kolej Komuniti yang memfokuskan untuk mewujudkan peluang pembangunan potensi dan pencapaian kecemerlangan untuk pelajar lepasan menengah dan masyarakat setempat khususnya di Daerah Pontian melalui pendididkan dan latihan.

Kolej Komuniti Cawangan Tanjung Piai berupaya menempatkan seramai 60 orang pelajar dengan tenaga kerja seramai 14 orang. Kolej ini menawarkan kursus dalam bidang teknologi maklumat iaitu Kursus Sijil Sistem Komputer Sokongan disamping kursus-kursus jangka pendek yang lain. Terletak di persisiran pantai, kolej ini menyediakan persekitaran yang kondusif dan sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Takwim Kursus Pendek

Kolej Komuniti Tanjung Piai menawarkan kursus-kursus pendek yang boleh disertai oleh semua peringkat umur.

Panduan untuk menyertai kursus yang ditawarkan :
  1. Semua peserta yag ingin menyertai kursus perlulah mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi di kaunter Kolej Komuniti Tg. Piai.
  2. Tarikh dan tempoh kursus tertakluk kepada pindaan, sila hubungi kolej untuk kepastian.
  3. Kursus akan diadakan sekiranya bilangan peserta yang yang memohon mencukupi.
  4. Permohona secara kumpulan digalakkan.
  5. Makanan dan minuman tidak akan desediakan sepanjang kursus dijalankan.
  6. Sekiranya terdapat permintaan selain dari kusus yang ditawarkan melebihi 20 orang, permohonan tersebut akan dipertimbangkan.
  7. Borang ini boleh diphotostat.
Sila klik sini untuk download Takwim dan Borang