Sejarah Penubuhan

Kolej Komuniti Cawangan Tanjung Piai telah ditubuhkan pada Januari 2008 di bawah Rancangan Malaysia Ke-9. Penubuhan ini selaras dengan misi Kolej Komuniti yang memfokuskan untuk mewujudkan peluang pembangunan potensi dan pencapaian kecemerlangan untuk pelajar lepasan menengah dan masyarakat setempat khususnya di Daerah Pontian melalui pendididkan dan latihan.

Kolej Komuniti Cawangan Tanjung Piai berupaya menempatkan seramai 60 orang pelajar dengan tenaga kerja seramai 14 orang. Kolej ini menawarkan kursus dalam bidang teknologi maklumat iaitu Kursus Sijil Sistem Komputer Sokongan disamping kursus-kursus jangka pendek yang lain. Terletak di persisiran pantai, kolej ini menyediakan persekitaran yang kondusif dan sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Monday, October 25, 2010

Hari Keluarga KKCTP 2010 (Bowling)

Tarikh : 24 Oktober 2010
Tempat : Daiman Bowl, Johor Jaya.
Penyertaan : Kakitangan dan pelajar KKCTP.

Semoga aktiviti seperti ini akan mengeratkan lagi ikatan sillaturrahim di antara kita, amin..


Monday, October 18, 2010

Program Eksplorasi Berbasikal & Bakti Komuniti Dengan Keluarga Angkat Penduduk Kg. Telok Kerang.

Tarikh : 15-17 Oktober 2010
Tempat : Kg. Telok Kerang, Pontian
Dirasmikan Oleh : Pengarah Kolej Komuniti Caw. Tg. Piai

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini samada secara langsung atau tidak langsung.






Monday, September 27, 2010

Majlis Berbuka Puasa

Tarikh : 2 September 2010
Masa : 6.15 petang
Tempat : Hotel Pontian, Pusat Perdagangan Pontian

Aturcara Majlis :
6.15 ptg - Ketibaan para jemputan & staf KKCTP
6.30 ptg - Bacaan Yassin dan Tahlil beramai-ramai.
7.12 petang - Majlis berbuka puasa (ringkas)
7.35 mlm - Makan malam
8.10 mlm - Bersurai


Tuesday, September 21, 2010

Majlis Sambutan Kemerdekaan Ke-53

Tarikh : 30 Ogos 2010
Masa : 10 pagi
Tempat : Dewan Kuliah Kolej Komuniti Caw. Tg. Piai