Sejarah Penubuhan

Kolej Komuniti Cawangan Tanjung Piai telah ditubuhkan pada Januari 2008 di bawah Rancangan Malaysia Ke-9. Penubuhan ini selaras dengan misi Kolej Komuniti yang memfokuskan untuk mewujudkan peluang pembangunan potensi dan pencapaian kecemerlangan untuk pelajar lepasan menengah dan masyarakat setempat khususnya di Daerah Pontian melalui pendididkan dan latihan.

Kolej Komuniti Cawangan Tanjung Piai berupaya menempatkan seramai 60 orang pelajar dengan tenaga kerja seramai 14 orang. Kolej ini menawarkan kursus dalam bidang teknologi maklumat iaitu Kursus Sijil Sistem Komputer Sokongan disamping kursus-kursus jangka pendek yang lain. Terletak di persisiran pantai, kolej ini menyediakan persekitaran yang kondusif dan sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Thursday, November 3, 2011

Kursus Keusahawanan Berasaskan Kulit Popiah Dan Coklat

Masa : 8.00 pagi – 5.30 petang

Tempat : Kolej Komuniti Cawangan Tg Piai, Pontian Johor

Bayaran : PERCUMA

Kolej Komuniti Yang Terlibat

Hari Pertama :
22 oktober 2011 (sabtu)

- Kolej Komuniti Ledang
- Kolej Komuniti Segamat 2
- Kolej Komuniti Segamat
- Kolej Komuniti Cawangan Muar
- Kolej Komuniti Cawangan Pagoh

Hari Kedua :
23 oktober 2011 (Ahad)

- Kolej Komuniti Bandar Penawar
- Kolej Komuniti Cawangan Bandar Tenggara
- Kolej Komuniti Cawangan Kota Tinggi
- Kolej Komuniti Pasir Gudang
- Kolej Komuniti Cawangan Tanjung Piai

Terima kasih diucapkan kepada semua kakitangan yang terlibat dan kepada semua peserta Kolej Komuniti Wilayah Johor.

Wednesday, October 12, 2011

Program Semarak Rukun Negara 2011

Tarikh : 27 - 28 September 2011
Tempat : Kolej Komuniti Ledang


Pegawai Pengiring :
1) Pn. Azyati Binti Agos
2) Cik Anita a/p Supramaniam


Penyertaan : 15 orang pelajar









Monday, September 12, 2011

Pertandingan CC e-Challenge

Satu Program Keusahawanan CC e- Challenge ( Community College Entrepreneur Challenge ) Kolej Komuniti Wilayah Johor telah diadakan pada 18 - 19 Jun 2011. Program yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti Wilayah Johor bersama Pusat Pembangunan Keusahawanan Kolej Komuniti (PUSKOM) ini telah berlangsung di Plaza Angsana Johor Bahru dan telah disempurnakan Oleh Y.B Dato’ Seri Hj. Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.

Objektif utama CC e- Challenge untuk membudayakan program berbentuk keusahawanan di kalangan pelajar, lepasan pelajar dan peserta kursus KolejKomuniti Wilayah Johor. Terdapat 8 gerai jualan yang dipertandingkan di peringkat wilayah terdiri daripada Kolej Komuniti Pasir Gudang, Kolej Komuniti Bandar Penawar, Kolej Komuniti Ledang, Kolej Komuniti Segamat, Kolej Komuniti Segamat 2 dan lain- lain. Kolej Komuniti Tanjung Piai telah berjaya menduduki tempat ke-2 dalam pertandingan tersebut.




Sunday, September 11, 2011

Majlis Penyampaian Sijil Bagi Program 1 Malaysia & Promosi Jabatan Pengajian Sepanjang Hayat Kolej Komuniti Tg. Piai 2011

Pada 25 Mei 2011 yang lalu, Kolej Komuniti Tg. Piai telah menganjurkan Majlis Penyampaian Sijil Bagi Program 1 Malaysia kepada semua peserta kursus pendek yang menyertai kursus anjuran kolej yang bertempat di Kem SSV, Gelang Patah. Majlis yang di rasmikan oleh YB Datuk Hj. Abd. Aziz Bin Hj. Sapian ini dihadiri oleh kakitangan Kolej, kakitangan Kem SSV serta komuniti Gelang Patah. Selain daripada acara penyampaian sijil kepada peserta kursus pendek, majlis ini juga adalah sebagai salah satu usaha untuk mempromosikan Jabatan Pengajian Sepanjang Hayat Kolej Komuniti Tg. Piai. Majlis ini diserikan dengan acara Pertandingan Mewarna bagi kategori kanak-kanak dan pameran hasil tangan peserta kursus pendek itu sendiri. Pihak kolej mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat samada secara langung atau tidak dalam menjayakan majlis ini dan berharap agar kerjasama yang diberikan oleh semua pihak ini akan sentiasa berkekalan.









Lawatan Kerja Kolej Komuniti Ledang

Pada 19 Mei 2011, Kolej Komuniti Tg. Piai telah menerima tetamu seramai 7 orang kakitangan daripada Kolej Komuniti Ledang. Lawatan kerja ini bertujuan untuk menimba pengalaman dan bertukar-tukar pendapat tentang pengurusan kolej khasnya tentang bagaimana strategi Kolej Komuiniti Tg. Piai menjalankan Kursus Pendek 1 Malaysia. Pihak kolej amat mengalu-alukan lawatan dan kunjungan seperti ini dah berharap agar semua pihak akan mendapat manfaat daripada lawatan ini.


MASKOM 2011

Tarikh : 14 Mei 2011

Lawatan Kerja Pengarah Kolej Komuniti Pasir Gudang

Pada 8 April 2011 yang lalu, pihak Kolej Komuniti Tg. Piai berasa amat bertuah kerana menerima kunjungan daripada Pengarah Kolej Komuniti Pasir Gudang iaitu En Jahabar Jainul Abidin Bin Shahul Hameed yang merupakan Pengarah baru KKPG. Lawatan ini yang adalah pertemuan pertama di antara Encik Jahabar Jainul Abidin dan kakitangan Kolej Komuniti Tg. Piai dan merupakan sesi perkenalan memandangkan Encik Jahabar Jainul Abidin baru sahaja berpindah ke KKPG. Pihak kolej merasa terharu di atas kesudian beliau untuk mengunjungi kolej ini dan berharap hubungan mesra ini akan sentiasa berkekalan.