Sejarah Penubuhan

Kolej Komuniti Cawangan Tanjung Piai telah ditubuhkan pada Januari 2008 di bawah Rancangan Malaysia Ke-9. Penubuhan ini selaras dengan misi Kolej Komuniti yang memfokuskan untuk mewujudkan peluang pembangunan potensi dan pencapaian kecemerlangan untuk pelajar lepasan menengah dan masyarakat setempat khususnya di Daerah Pontian melalui pendididkan dan latihan.

Kolej Komuniti Cawangan Tanjung Piai berupaya menempatkan seramai 60 orang pelajar dengan tenaga kerja seramai 14 orang. Kolej ini menawarkan kursus dalam bidang teknologi maklumat iaitu Kursus Sijil Sistem Komputer Sokongan disamping kursus-kursus jangka pendek yang lain. Terletak di persisiran pantai, kolej ini menyediakan persekitaran yang kondusif dan sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Sunday, September 11, 2011

Lawatan Kerja Kolej Komuniti Ledang

Pada 19 Mei 2011, Kolej Komuniti Tg. Piai telah menerima tetamu seramai 7 orang kakitangan daripada Kolej Komuniti Ledang. Lawatan kerja ini bertujuan untuk menimba pengalaman dan bertukar-tukar pendapat tentang pengurusan kolej khasnya tentang bagaimana strategi Kolej Komuiniti Tg. Piai menjalankan Kursus Pendek 1 Malaysia. Pihak kolej amat mengalu-alukan lawatan dan kunjungan seperti ini dah berharap agar semua pihak akan mendapat manfaat daripada lawatan ini.


No comments:

Post a Comment