Pada 25 Januari 2011, Kolej Komuniti Tg. Piai sekali lagi kehilangan seorang kakitangan pensyarah yang merupakan seorang yang amat disenangi oleh semua warga kolej ini iaitu Encik Noorismaawi Bin Yusop. Beliau yang telah bertugas di kolej ini sejak 15 Jun 2008 telah diarahkan bertukar ke Kolej Komuniti Paya Besar, Pahang. Walaupun merasa sedih atas pemergian beliau tetapi pihak kolej akur atas tanggungjawab beliau kepada keluarga dan mengucapkan selamat maju jaya.
Sejarah Penubuhan
Kolej Komuniti Cawangan Tanjung Piai telah ditubuhkan pada Januari 2008 di bawah Rancangan Malaysia Ke-9. Penubuhan ini selaras dengan misi Kolej Komuniti yang memfokuskan untuk mewujudkan peluang pembangunan potensi dan pencapaian kecemerlangan untuk pelajar lepasan menengah dan masyarakat setempat khususnya di Daerah Pontian melalui pendididkan dan latihan.
Kolej Komuniti Cawangan Tanjung Piai berupaya menempatkan seramai 60 orang pelajar dengan tenaga kerja seramai 14 orang. Kolej ini menawarkan kursus dalam bidang teknologi maklumat iaitu Kursus Sijil Sistem Komputer Sokongan disamping kursus-kursus jangka pendek yang lain. Terletak di persisiran pantai, kolej ini menyediakan persekitaran yang kondusif dan sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment