Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera. Selamat datang ke Laman Web Kolej Komuniti Cawangan Tanjung Piai.Kolej Komuniti Cawangan Tanjung Piai merupakan sebuah institusi latihan kemahiran di bawah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi. | |
Kolej Komuniti Cawagan Tanjung Piai telah mula beroperasi pada Januari 2008 dan pengambilan pertama telah dijalankan pada sesi Julai 2008. Kolej ini menawarkan kursus dalam bidang teknologi maklumat iaitu Kursus Sijil Sistem Komputer Sokongan disamping kursus-kursus jangka pendek yang lain. Kelengkapan dan kemudahan latihan di Kolej Komuniti Cawangan Tanjung Piai adalah seiring dalam menghasilkan situasi latihan yang terkini dan kondusif serta dapat membantu pertumbuhan dan perkembangan minda pelajar semasa menjalani latihan di sini. Di antara kemudahan-kemudahan yang disediakan ialah Makmal Komputer, Makmal Aplikasi, Makmal Baikpulih, perpustakaan dan gelanggang futsal. Bagi menjalankan kursus jangka pendek pula, pihak kolej memiliki kemudahan seperti Bilik Masakan, Bilik Jahitan dan Bilik Dandanan. Saya mengalu-alukan kedatangan semua pengunjung, semoga maklumat yang disediakan dapat membantu dalam membuat pilihan latihan peningkatan kerjaya anda. Terima kasih. RAZUAN BIN OTHMAN Pengarah Kolej Komuniti Caw. Tg. Piai | |
Sejarah Penubuhan
Kolej Komuniti Cawangan Tanjung Piai telah ditubuhkan pada Januari 2008 di bawah Rancangan Malaysia Ke-9. Penubuhan ini selaras dengan misi Kolej Komuniti yang memfokuskan untuk mewujudkan peluang pembangunan potensi dan pencapaian kecemerlangan untuk pelajar lepasan menengah dan masyarakat setempat khususnya di Daerah Pontian melalui pendididkan dan latihan.
Kolej Komuniti Cawangan Tanjung Piai berupaya menempatkan seramai 60 orang pelajar dengan tenaga kerja seramai 14 orang. Kolej ini menawarkan kursus dalam bidang teknologi maklumat iaitu Kursus Sijil Sistem Komputer Sokongan disamping kursus-kursus jangka pendek yang lain. Terletak di persisiran pantai, kolej ini menyediakan persekitaran yang kondusif dan sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Perutusan Pengarah
Subscribe to:
Posts (Atom)