Sejarah Penubuhan

Kolej Komuniti Cawangan Tanjung Piai telah ditubuhkan pada Januari 2008 di bawah Rancangan Malaysia Ke-9. Penubuhan ini selaras dengan misi Kolej Komuniti yang memfokuskan untuk mewujudkan peluang pembangunan potensi dan pencapaian kecemerlangan untuk pelajar lepasan menengah dan masyarakat setempat khususnya di Daerah Pontian melalui pendididkan dan latihan.

Kolej Komuniti Cawangan Tanjung Piai berupaya menempatkan seramai 60 orang pelajar dengan tenaga kerja seramai 14 orang. Kolej ini menawarkan kursus dalam bidang teknologi maklumat iaitu Kursus Sijil Sistem Komputer Sokongan disamping kursus-kursus jangka pendek yang lain. Terletak di persisiran pantai, kolej ini menyediakan persekitaran yang kondusif dan sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Thursday, November 3, 2011

Kursus Keusahawanan Berasaskan Kulit Popiah Dan Coklat

Masa : 8.00 pagi – 5.30 petang

Tempat : Kolej Komuniti Cawangan Tg Piai, Pontian Johor

Bayaran : PERCUMA

Kolej Komuniti Yang Terlibat

Hari Pertama :
22 oktober 2011 (sabtu)

- Kolej Komuniti Ledang
- Kolej Komuniti Segamat 2
- Kolej Komuniti Segamat
- Kolej Komuniti Cawangan Muar
- Kolej Komuniti Cawangan Pagoh

Hari Kedua :
23 oktober 2011 (Ahad)

- Kolej Komuniti Bandar Penawar
- Kolej Komuniti Cawangan Bandar Tenggara
- Kolej Komuniti Cawangan Kota Tinggi
- Kolej Komuniti Pasir Gudang
- Kolej Komuniti Cawangan Tanjung Piai

Terima kasih diucapkan kepada semua kakitangan yang terlibat dan kepada semua peserta Kolej Komuniti Wilayah Johor.

No comments:

Post a Comment