Sejarah Penubuhan

Kolej Komuniti Cawangan Tanjung Piai telah ditubuhkan pada Januari 2008 di bawah Rancangan Malaysia Ke-9. Penubuhan ini selaras dengan misi Kolej Komuniti yang memfokuskan untuk mewujudkan peluang pembangunan potensi dan pencapaian kecemerlangan untuk pelajar lepasan menengah dan masyarakat setempat khususnya di Daerah Pontian melalui pendididkan dan latihan.

Kolej Komuniti Cawangan Tanjung Piai berupaya menempatkan seramai 60 orang pelajar dengan tenaga kerja seramai 14 orang. Kolej ini menawarkan kursus dalam bidang teknologi maklumat iaitu Kursus Sijil Sistem Komputer Sokongan disamping kursus-kursus jangka pendek yang lain. Terletak di persisiran pantai, kolej ini menyediakan persekitaran yang kondusif dan sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Visi, Misi & Objektif

VISI KOLEJ KOMUNITI

Menjadi pusat pembelajaran sepanjang hayat dengan iltizam untuk membina komuniti yang berpengetahuan, berilmu, berkemahiran dan mempunyai akhlak yang mulia seiring dengan falsafah pendidikan Negara

MISI KOLEJ KOMUNITI

Mewujudkan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada semua peringkat masyarakat dengan tumpuan kepada latihan kemahiran dan pembangunan potensi.

OBJEKTIF KOLEJ KOMUNITI

Menyediakan pendidikan yang berkualiti, berteknologi tinggi dan holistic dengan :
  • Menyediakan pendidikan dan latihan kemahiran kepada semua peringkat masyarakat
  • Menganjur dan menyediakan pembelajaran sepanjang hayat untuk menjadikan komuniti berpengetahuan (k-community)
  • Menganjur dan menyediakan latihan peningkatan kemahiran (up-skilling), latihan pemantapan kemahiran (re-skilling), dan latihan sangkutan (attachment training) untuk keperluan tenaga kerja setempat
  • Mewujud dan menganjurkan rangkaian strategic dan pakatan strategic dengan komuniti setempat dan pemegang taruh (stakeholder)
  • Menyediakan kemudahan, perkhidmatan dan system pembelajaran yang kondusif dan berkualiti