Sejarah Penubuhan

Kolej Komuniti Cawangan Tanjung Piai telah ditubuhkan pada Januari 2008 di bawah Rancangan Malaysia Ke-9. Penubuhan ini selaras dengan misi Kolej Komuniti yang memfokuskan untuk mewujudkan peluang pembangunan potensi dan pencapaian kecemerlangan untuk pelajar lepasan menengah dan masyarakat setempat khususnya di Daerah Pontian melalui pendididkan dan latihan.

Kolej Komuniti Cawangan Tanjung Piai berupaya menempatkan seramai 60 orang pelajar dengan tenaga kerja seramai 14 orang. Kolej ini menawarkan kursus dalam bidang teknologi maklumat iaitu Kursus Sijil Sistem Komputer Sokongan disamping kursus-kursus jangka pendek yang lain. Terletak di persisiran pantai, kolej ini menyediakan persekitaran yang kondusif dan sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Monday, September 12, 2011

Pertandingan CC e-Challenge

Satu Program Keusahawanan CC e- Challenge ( Community College Entrepreneur Challenge ) Kolej Komuniti Wilayah Johor telah diadakan pada 18 - 19 Jun 2011. Program yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti Wilayah Johor bersama Pusat Pembangunan Keusahawanan Kolej Komuniti (PUSKOM) ini telah berlangsung di Plaza Angsana Johor Bahru dan telah disempurnakan Oleh Y.B Dato’ Seri Hj. Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.

Objektif utama CC e- Challenge untuk membudayakan program berbentuk keusahawanan di kalangan pelajar, lepasan pelajar dan peserta kursus KolejKomuniti Wilayah Johor. Terdapat 8 gerai jualan yang dipertandingkan di peringkat wilayah terdiri daripada Kolej Komuniti Pasir Gudang, Kolej Komuniti Bandar Penawar, Kolej Komuniti Ledang, Kolej Komuniti Segamat, Kolej Komuniti Segamat 2 dan lain- lain. Kolej Komuniti Tanjung Piai telah berjaya menduduki tempat ke-2 dalam pertandingan tersebut.




No comments:

Post a Comment