Pada 25 Mei 2011 yang lalu, Kolej Komuniti Tg. Piai telah menganjurkan Majlis Penyampaian Sijil Bagi Program 1 Malaysia kepada semua peserta kursus pendek yang menyertai kursus anjuran kolej yang bertempat di Kem SSV, Gelang Patah. Majlis yang di rasmikan oleh YB Datuk Hj. Abd. Aziz Bin Hj. Sapian ini dihadiri oleh kakitangan Kolej, kakitangan Kem SSV serta komuniti Gelang Patah. Selain daripada acara penyampaian sijil kepada peserta kursus pendek, majlis ini juga adalah sebagai salah satu usaha untuk mempromosikan Jabatan Pengajian Sepanjang Hayat Kolej Komuniti Tg. Piai. Majlis ini diserikan dengan acara Pertandingan Mewarna bagi kategori kanak-kanak dan pameran hasil tangan peserta kursus pendek itu sendiri. Pihak kolej mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat samada secara langung atau tidak dalam menjayakan majlis ini dan berharap agar kerjasama yang diberikan oleh semua pihak ini akan sentiasa berkekalan.
Sejarah Penubuhan
Kolej Komuniti Cawangan Tanjung Piai telah ditubuhkan pada Januari 2008 di bawah Rancangan Malaysia Ke-9. Penubuhan ini selaras dengan misi Kolej Komuniti yang memfokuskan untuk mewujudkan peluang pembangunan potensi dan pencapaian kecemerlangan untuk pelajar lepasan menengah dan masyarakat setempat khususnya di Daerah Pontian melalui pendididkan dan latihan.
Kolej Komuniti Cawangan Tanjung Piai berupaya menempatkan seramai 60 orang pelajar dengan tenaga kerja seramai 14 orang. Kolej ini menawarkan kursus dalam bidang teknologi maklumat iaitu Kursus Sijil Sistem Komputer Sokongan disamping kursus-kursus jangka pendek yang lain. Terletak di persisiran pantai, kolej ini menyediakan persekitaran yang kondusif dan sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment