Pada 25 Januari 2011, Kolej Komuniti Tg. Piai sekali lagi kehilangan seorang kakitangan pensyarah yang merupakan seorang yang amat disenangi oleh semua warga kolej ini iaitu Encik Noorismaawi Bin Yusop. Beliau yang telah bertugas di kolej ini sejak 15 Jun 2008 telah diarahkan bertukar ke Kolej Komuniti Paya Besar, Pahang. Walaupun merasa sedih atas pemergian beliau tetapi pihak kolej akur atas tanggungjawab beliau kepada keluarga dan mengucapkan selamat maju jaya.
Sejarah Penubuhan
Kolej Komuniti Cawangan Tanjung Piai telah ditubuhkan pada Januari 2008 di bawah Rancangan Malaysia Ke-9. Penubuhan ini selaras dengan misi Kolej Komuniti yang memfokuskan untuk mewujudkan peluang pembangunan potensi dan pencapaian kecemerlangan untuk pelajar lepasan menengah dan masyarakat setempat khususnya di Daerah Pontian melalui pendididkan dan latihan.
Kolej Komuniti Cawangan Tanjung Piai berupaya menempatkan seramai 60 orang pelajar dengan tenaga kerja seramai 14 orang. Kolej ini menawarkan kursus dalam bidang teknologi maklumat iaitu Kursus Sijil Sistem Komputer Sokongan disamping kursus-kursus jangka pendek yang lain. Terletak di persisiran pantai, kolej ini menyediakan persekitaran yang kondusif dan sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Sunday, September 11, 2011
Friday, January 28, 2011
Takwim Kursus Pendek 2011
Kolej Komuniti Tanjung Piai menawarkan kursus-kursus pendek yang boleh disertai oleh semua peringkat umur.
Berikut adalah panduan untuk menyertai kursus yang ditawarkan :
- Semua peserta yag ingin menyertai kursus perlulah mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi di kaunter Kolej Komuniti Tg. Piai ataupun di muat turun melalui blog ini.
- Tarikh dan tempoh kursus adalah tertakluk kepada pindaan, sila hubungi kolej untuk kepastian.
- Kursus akan diadakan sekiranya bilangan peserta yang memohon mencukupi.
- Permohona secara kumpulan adalah digalakkan.
- Makanan dan minuman tidak akan disediakan sepanjang kursus dijalankan.
- Sekiranya terdapat permintaan selain dari kusus yang ditawarkan melebihi 20 orang, permohonan tersebut akan dipertimbangkan.
- Sila klik sini untuk download Takwim dan Borang (Borang ini boleh diphotostat)
Sunday, January 23, 2011
Lawatan Ke Kilang Popia
Lawatan Ke Kilang Popia Z Hisyam Enterprise
Tarikh : 4 Januari 2011
Tempat : Z Hisyam Enterprise, Sanglang, Pontian.
Terima kasih kepada En. Zainor Hisyam B. Bahari di atas kesudian beliau menerima kehadiran kami.
Tarikh : 4 Januari 2011
Tempat : Z Hisyam Enterprise, Sanglang, Pontian.
Terima kasih kepada En. Zainor Hisyam B. Bahari di atas kesudian beliau menerima kehadiran kami.
Monday, October 25, 2010
Hari Keluarga KKCTP 2010 (Bowling)
Tarikh : 24 Oktober 2010
Tempat : Daiman Bowl, Johor Jaya.
Penyertaan : Kakitangan dan pelajar KKCTP.
Semoga aktiviti seperti ini akan mengeratkan lagi ikatan sillaturrahim di antara kita, amin..

Tempat : Daiman Bowl, Johor Jaya.
Penyertaan : Kakitangan dan pelajar KKCTP.
Semoga aktiviti seperti ini akan mengeratkan lagi ikatan sillaturrahim di antara kita, amin..

Monday, October 18, 2010
Program Eksplorasi Berbasikal & Bakti Komuniti Dengan Keluarga Angkat Penduduk Kg. Telok Kerang.
Monday, September 27, 2010
Tuesday, September 21, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)